Tadi aq,Kepah dan Torres (nama baruu Fariz) berpesta di restoran ayam segera. Dah lama kami mengidam benda tu. Sejak kali pertama kami terliur ketika melihat katalog ayam didalam akhbar Metro, baru malam ni kami berjaya membelasah ayam.Sedap.
Korang pernah dengar iklan di radio pasal Shrimp stick. Ala yang pasal abes udang dilaut sbb KFC amik jadikan makanan tu. Torres sangat teruja dengan iklan tu. Jadi dia dengan selamba order set Shrimp stick. Tapi bak kata orang malang tidak berbau. Ketika dia mendapat hidangan itu, mood beliau telah lari. Ini kerana shrimp stick itu indah khabar dari rupa. Dah la tak besar, kecik nak mampos, rasa pon macam udang steambot cucuk2 je.Apa jadah semua ini. Adakah udang di laut abes sebab nak buat benda kecik tu? Torres makan sambil menyumpah dalam bahasa utara. Aq paham sebab aq suka orang utara.
Selepas belasah ayam, kami menuji ke Restoran Bibi 1 Maju. Stylekan nama mamak ni. Macam haram. Kami kesana dengan niat untuk pekena shisha hasil air tangan kawan aq bernama Halil. Ke nama dia Khalil. Atau pun Alil. Mana2 la. Dia tokey shisha sana. Shisha dia sedap. Dia pon kacak. Kombinasi hebat untuk melariskan jualan.
Malam ini kami pekena perisa apple lime mint hasil nukilan Halil.Dia rekemen. Nasib baik sedap.kalo tak memang aq kasi pecah botol shisha tanda protes.haha.Gurau je.Jangan marah. Sedap sangat. Gua hisap sampai tinggal rasa arang je. Di sana kami di datangi oleh student2 seperti Fhit, Nana,Hajar,Paan,Yuni dan ramai lagi. Selain itu ada juga Ira yang aq berjaya racun supaya keluar. Hebat btol aq.Haha.
Kesimpulannya malam ini aq berasa happy. siapa berani spoilkan mood aq memang aq tampaq kepala dia kasi berpinar. Aq dah ada jambang. Kena jadi garang. Baru orang takut. "wau abang tu garang a" kata awek di meja sebelah sambil mata menjeling2 wallet aq. Damn!
4 comments:
kenape?
abag jambang yang macam garang tu pakai wallet Hello Kitty ke??
haha...taklah.dia pakai wallet dunhill. ;P
saye pon kena tipoo nk shrimp stick tuh!!!!
hampeh.huu~
;)
Post a Comment