Friday, July 17, 2009

Bangi

  • Sebagai seorang pekerja, banyak masa di habiskan di tepat kerja.
  • Siangnya bergelumang dengan kerja2 dan malam merehatkan diri sambil menanti hari esok. Itu lah yang terjadi kepada aq.
  • Memang kurang fun sedikit berbanding tyme menjadi student dulu. Sekarang dah ada tanggungjawab.
  • Walaumacamana pon, having fun ialah lumrah manusia.tak kira dimana jua kita berada, semua inginkan keseronokan.Walaupun kita berada di Bangi.
  • Hari bekerja yang paling seronok ialah hari Jumat. Sebab paling obvious ialah aq tak de kelas,Jadi aq datang kolej dgn muka yang riang sekali.
  • Setiap Jumaat, aq akan pastikan ketibaan aq agak lewat seperti hari2 yang biasa. Kemudian aq akan racun kawan2 seperti Kepah dan ayahanda untuk minum sekali di cafe. Biasanya diorg termakan racun aq.so depa pon minum sekali.
  • Then aq menuju ke opis. Masuk bilik terus on laptop, pasang lagu ala kadar kuatnya dan terus check ada internet ke tak. Kalo ada aq layan a facebook ke myspace ke. Kalo takde aq bantai tido.
  • Dalam pukul 10 biasanya aq terjaga sebab Kepah musti mai singgah bilik. Sembang ala kadar, kalo ngantok aq tido balik.Kalo tak aq biar Kepah je yang cakap.Malas layan.Haha.
  • Highlight hari Jumaat bagi aq bermula pukul 1230 dimana aq, Kepah dan ayahanda akan keluar dari kolej nak mencari refreshment. Port biasa kami ialah mamak cendol bangi. Fuh, tgh2 hari pekena cendol pulut mmg layan. Harga murah pulak tu.
  • Sesekali terliur menjeling mee maak dan rojak yang ada diatas lori tu. Tapi memikirkan perot dah makin boroi, aq layan cendol je.hehe.
  • Kemudian kami bertiga akan pergi terus ke masjid. Tapi bukan masuk terus. Kami pusing2 bazzar dulu.Ada ramai orang meniaga. Minyak urut ada,tali pinggang ada, nasi ada, karipapa ada,keris pon ada.
  • Tapi paling ngam ialah seorang peniaga dari bumi kenyalang yang menggelarkan dirinya Dayak. Gerai Dayak paling ramai orang sbb dia lain dari yang lain.
  • Dayak tak pakai baju. Pakai seluar pendek je.Pastu dia paai topi Sarawak apa ntah.Ditambah dengan hiasan kepala manusia awet. Mmg market a dia.
  • Dia jual ubat kuat. AAccording to him, makan ubat tu, ko leh jadi kuat.nyamuk gigit ko, nyamuk mati.Lintah geget, lintah mati.Dahsyat!!!
  • Setelah puas menyaksikan Dayak, kami masuk masjid. Kadang2 cari pisang dulu. rezeki jangan ditolak.BEtol tak?
  • HAbis solat, kami aq terus balik kolej.Kepah dan ayahanda ada kelas. So aq balik bilik sorang2.MCm biasa mengadap laptop.kalo xde keja tido.
  • Seronokkan JUmaat aq?

3 comments:

epifah said...

haha gila jelesssssssssss.

Amir Syafiq said...

haha.racun minum pagi ok lagi,jangan kau bagi minum racun dah la.

Pana Sensei said...

seronok

Followers

Powered By Blogger