Monday, June 2, 2008

River is Sungai



Malam seminggu lalu bertempat di H.Maidin - Oleh kerana bosan dengan hiruk pikuk kota yang melemaskan, aq bersama rakan2 bercadang untuk mandi sungai.lagipun itu jelah aktiviti yang seswai dilakukan ketika poket kering dan gf jauh di Penang. Setelah berhujah lebih setengah jam, kami bersetuju berpiknik di Sungai Congkak yang sangat lame. Bila aq kata lame, mmg lame lame.jgn tanya berapa lame.Extremely lame i tell you.


So selepas membahagi2 biro, kami bersetuju pergi ke Sungai yang lame itu.Berikut ialah keputusan mesyuarat:


Biro kereta dan bahan api - abok

Biro bihun dan perasa - Izzat

Biro ayam - Amir

Biro arang dan tempat bakar - Shuk

Biro sausage dan berger - Anep

Biro air - Nazmir


Antara aktiviti yang akan dijalankan:


  1. Mandi sungai

  2. BBQ

  3. Melantak

Pagi kejadian - Pagi itu aq bangun sgt awal. pukul 6. Kira awal a bagi seorg dewasa yang pemalas mcm aq.Sumanya gara2 rancangan untuk bepiknik di sungai bersama rakan2 yang dah dewasa juga tapi tak abes2 blajar lagi. Kami berjanji bertolak awal pagi seawal 8 pagi. Tapi oleh sbb ada antara kami yang mmg lembap ditambah beberapa masalah teknikal, hampir pukul 10 baru kami bertolak. Oh ya, kami tukar venue. Kami menuju Sungai Gabai. "besh ada air terjun", kata Nazmir seperti kurang pasti.
Setengah jam kemudian kami sampai. Lawa air terjun ni. Tinggi jugak. Turun keta, amik barang, kami terus usya port. Kami tunggu di port bawah manakala Amir dan Nazmir volunteer utk naik atas. Usya port atas kata mereka. Tapi malangnya tempat penuh. "Ramaia orang" kata Nazmir sambil kakinya menggeletar tanda semput naik gunung.hehe. So kami stay kat port bawah aje. KAmi amik giliran. Amir, Anip, Nazmir mandi dulu. Aq, Abok dan Shuk menyalakan arang utkk BBQ. Penat mcm haram. Sesekali aq tgk bdk2 tu mandi. mcm Dugong pun ada. Amir menggunakan pengalaman PALAPES nya sebaik mungkin ketika membuat aksi merbahaya di dalam sungai.
Arang dah terbakar. Gliran kami plak mandi.Diorg lak kena jaga barang dan bakar makanan. Pergh...air mmg sejuk.Dah a air terjun lawa. Layan beb. Aq menunjukkan skill berenang yang xseberapa kepada kawan2 dgn harapan dapat pujian. Splash! Splash! Splash! Penat mandi makanan pun dah masak. Its makan time
Menu for the day:
  1. Ayam BBQ
  2. Bihun
  3. Sausage
  4. Burger
  5. Kentang bakar
  6. Bawang bakar (sapa makan bawang bakar weh?!!)
  7. Air berkarbonat

Kenyang makan kami mandi lagi.Round 2. Time i dah ramai orang. Tapi kami layan je. Bermacam2 skill kitorg wat. Antaranya ialah, berenang dia air cetek, terjun tiruk, gelongsor batu, berpura2 mayat, menyelam, berpura2 bertapa di air terjun dan byk lagi. Orang ramai impress dgn tindakan berani kami. Penat mandi kami naik. Kemas2. Balik.

All in all it was a great experience. We had a lot of fun. Good stuff guys!! unfortunately, we didnt manage to take a lot of pictures due to some reason. but nevermind, the memories will live in us forever. Ciao!

No comments:

Followers

Powered By Blogger