Monday, December 31, 2012

2013


  • Pada suatu pagi, saya bersiap sedia untuk pergi ke kelas. Ya memang kerja saya mengajar anak bangsa. Bolehlah panggil saya cikgu. 
  • Masuk sahaja kelas, saya buat muka garang. Muka garang saya biasa-biasa saja. Takdelah bengis sangat sampai menakutkan anak murid sendiri. Tapi garang yang cukup untuk mendisplinkan mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak.
  • "Ini hari kita belajar grammar", lebih kurang begitulah ayat aku bila diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. 
  • Selama 3jam aku mengajar dengan penuh dedikasi. Pantang anak murid buat salah, terus aku mencelah. Bukan apa, takut mereka belajar benda salah.
  • Zaman sekarang banyak benda salah seperti Kpop, Justin Bieber, salah grammar dan juga Year End Sale.
  • Setelah seleasai mencurah ilmu, aku pun menamatkan kelas dengan secebis kisah sewaktu aku muda. 
  • "Ok boys and girls. See you next year. Thanks", kataku sambil melangkah keluar dengan machonya.
  • "Eh, betullah jumpa Encik Izzat next year lah.", kata seorang murid dengan nada terpegun. 

Followers

Powered By Blogger