Saturday, February 26, 2011

Content analysis of the craziest game on earth

  • Aq mula kenali futsal pada tahun 2004. Masa tu futsal tak power macam sekarang. Susah nak cari Sportplanet atau pun Futsal Perabot.
  • Dalam masa beberapa tahun futsal mulai digilai ramai termasuk aq. Siang malam futsal. Kadang2 yang xde fashion sense pakai kasut futsal pergi kelas atau jalan2 kat Midvalley. Cmon.
  • Sepanjang penglibatan aq dalam arena futsal, aq telah membuat kajian mengenai jenis2 player futsal. Jenis-jenis ini tipikal dan boleh di dapati tak kira di Sportsplanet Ampang atau pun Padang futsal terbuka Bota Kiri. Berikut ialah jenis-jenis player mengikut pengamatan aq:
1. Player jenis jantung kecik



  • Ini jenis player yang kalau datang gelanggang akan masuk dulu. Dia yang dulu pakai kasut. Dia dulu sapu minyak panas. Dia dulu mintak bola kat abang jaga court. Dia juga akan jadi orang mula2 sekali test angin bola. Kalau lembik sangat boleh kompelin. Tapi malangnya jenis ini akan cepat pancit dan akan volunteer di substitute ketika perlawanan baru menjengah minit ke 10. Pancit katanya. End up jadi manager di luar court jerit2 marah orang sepak tak kena.
2. Player jenis SS


  • Ini pulak jenis yang power. Main memang power. Dia punya jenis skill memang tak terfikir oleh orang biasa. Kaki silang2, bola lekat atas buku lali, Lambung bola atas dada, sepak tak pandang. Tu dari segi skill. Kalau gaya pun dia menang. Rambut pacak. Baju sleeveless. Seluar three-quarter jenama NIKE dan kasut yang di endorse TORRES atau RONALDO. Tapi sayang, jenis ni memang SS. Gentel lagi bang, gentel sampai luar padang. Bangang.
3. Jenis badan besar


  • Ini jenis kesian. Selalu di diskriminasi. Memang fikiran orang Malaysia teruk. Asal badan besar je main bet. Badan besar main Keeper. Ingat orang badan besar tak tau gelecek bola ke? Mereka pon ada hati dan perasaan. Gua cool. Gua xkesah jadi bet sebab gua power dan ada teknik zero degree passing.



Dan paling tak sedap sekali dalam jenis-jenis player futsal ialah.....


4. Jenis datang lambat atau tak datang langsung

  • "Hello. Mana?" "Aaa...hello..hello..kami otw..otw. Sabaq sat." Kroih..kroih.. tido balik pon sedap.
  • Memang mintak penyepak.

Thursday, February 24, 2011

Remaja


Dulu remaja tak perlukan Bunkface dan Ipad untuk menjadi gembira

Wednesday, February 23, 2011

Apa?

Bulan dan bintang berbicara lagi
Katanya ku sendiri
Sepi malam tiada berteman
Tak sabar ku tunggu pagi
Untuk menguntum senyuman lagi
Ku sedar hanya sementara
Tak mengapa
Akan tetap ku tunggu jua

Mentari ku

Monday, February 21, 2011

Disclaimer

  • Tahu ini (2011) bukan tahun lompat.
  • Sila jangan salah fakta.
  • Harap maklum

Terfikir


  • Baru nak tidur. Tangan atas dahi. Teringat sesuatu.
  • Orang cakap tahun ni tahun lompat. Apa ye tahun lompat tu? Kenapa ada tahun yang harinya lebih?
  • Mengikut kajian pendek aq, tahun lompat ialah tahun dimana bulan Februari-nya ada lebih satu hari. Ini berkaitan dengan tahun kalendar dan juga tahun astronomikal.
  • Nak tau sendir baca sini.
  • Bijak sungguh orang dulu2. Pandai buat kalendar, meneliti pusingan bumi mengelilingi matahari dan menentukan masa. Bijak memang bijak. Tak macam orang sekarang. Suruh main Foursquare pun tak tahu. Bengap.
  • Tapi sebijak mana pun manusia dulu2, masih ada lemahnya. Berikut ialah kelemahan tahun lompat mengikut pengamatan aq.
  • Oleh kerana tahun ini mempunyai satu hari yang lebih, maka hari kerja pun lebih. Tak macam tahun2 lepas, tahun ini orang kena kerja lebih sehari baru dapat gaji sebulan.
  • Ini membebankan rakyat dan sekaligus menyebabkan "rusuhan piramid" akan berleluasa di seluruh dunia.
  • Mana aci. Kerja hari lebih. Gaji sama. Anak bini sapa nak jaga?
  • Begitulah pengamatan saya. Ketidakadilan ini perlu di bincangkan di sidang PBB.Minta pemimpin dunia bagi perhatian.
  • Hehe. Otak aq memang geliga. Rugi tak bertanding jadi MPP dulu2.
Credit to CartoonStock.com

Wednesday, February 16, 2011

Harapan


Adalah besar harapan aq untuk menatap band ini sebelum mereka merengkok tua dan tak bermaya. Semoga terbuka hati mana2 kementerian untuk bawak depa mai datang KL. Lagu2 depa bagus untuk semangat remaja dan mendokong wawasan satu malaysia. Sekiam.

Friday, February 11, 2011

Batista

  • Dulu gua ada satu kawan nama K-role ( nama samaran internet)
  • Kenal dia masa masuk UiTM dulu2. Dia dari Pahang. Takde kena mengena dengan Tok Gajah.
  • Dia ni badan kuat. Menurut cerita abang dia main besi. So dia pun ada jugak ikut2 main besi. Kegagahan beliau sering menjadi tumpuan ketika ada majlis2 yang perlu angkat kerusi ddan meja berat2. Ramai kata dia mirip Batista. Aq setuju.




  • Kadang2 dia rajin jugak smackdown Syameer dalam bilik kat Cemara. Hebat dia ni.
  • Tapi walaupun dia gagah tapi jiwa dia tak berapa gagah. Sebabnya dia kadang2 suka layan rap atau zaman sekarang di panggil hip hop.
  • Beliau dengar lagu ni dengar kadar2 yang banyak. Dalam sehari boleh capai 10 kali dia dengar. Betapa 'nigga' nya jiwa dia.
  • Antara lagu2 yang menjadi kegilaan beliau ialah Bone thugs and harmony- Crossroad. Di samping itu ialah lagu yang sangat klasik dan meninggalkan kesan mendalam terhadap jiwa aq. Silalah layan.


False hope and dream

  • I've been dreaming so much lately. What am I dreaming off? Its about my future.
  • Yes, as you grow older, you will tend to take the future seriously. Its not like when you are a young and hopeless teenager. The future seems like a distance entity and you just dont have the time and energy to care about it.
  • Bluerghh... I might sound boring and old. But believe me, even the most hippiest people around is thinking about the future. Directly or indirectly. Just take a look at John Lennon as an example.
  • Well, back to my story, I've been thinking about my future since everybody is canging. Physically, mentally or financially. LOL.
  • I guess to have a brighter future I need to work harder from now on. As the saying goes, a little step today could mean a big step for tomorrow. I believe in those words even I never know who said it.

Sunday, February 6, 2011

Realiti

Ini gambar otai
  • Man U kalah semalam
  • Aq steady je.
  • Aq masih tgk ESPN dan baca SOCCERNET
  • Inilah definisi lelaki sejati

Followers

Powered By Blogger