Monday, September 27, 2010

Free gear

Rajah A

Kepah ajak aq beli basikal tanpa gear atau nama funkynya Fixies. Entah kenapa aq tak berapa keen sangat nak beli benda tu. Maybe sebab kecik2 dulu dah puas mengayuh. Dah besar nak kayuh lain plak. Tapi kalo duit masuk ribu2 apaadahal beli benda ni. Sesekali kayuh kasi badan sehat. Takde hal la. Kalo aq beli fixies aq nak buat skill ni (rujuk Rajah A) untuk memikat hai awek.2 Nama skill ni Wikang sampai kangkang.

Sekian.

Tuesday, September 21, 2010

Budak2

  • Raya sebagai budak2 paling sedap.
  • Boleh dapat baju baru, kasut baru, jalan raya, makan sedap dan paling besh duit raya.
  • Tahun ni budak2 pandang serong sama aq. Ini semua sebab aq tak mampu beri duit raya. Aq tak bekerja wey.
  • Benda biasa dalam dunia. Kalo kaya suma orang sayang. Semuanya wangi. Cis!
  • Jaga korang budak2 aq jadi dekan UiTM nanti korang datang merayu kat aq nak repeat aq kasi pandang serong sama korang.

Teruk


  • I thought when I quit my job, life would become much better.
  • I will have more free time, I can hang out with my hommies more, I can spend my own sweet time in doing my stuff.
  • But Im extremely wrong. My life starts to ruin once I quit my job.
  • I become less discipline, my motivation decrease and the worst is I got insomnia.
  • Its 2 oclock in the morning and I dont have any plan to sleep yet.
  • Help me!

Wednesday, September 15, 2010

Post Raya

  • Selamat hari raya
  • Akibat menonton tv aq rasa IQ aq semakin rendah kerana disajikan dengan bahan yang tidak mendidik. Cuma membunuh sel otak aq. Tapi aq tak kesah. Raya kan. Pesta hawa nafsu. Haha~
  • Makan banyak juga mengakibatkan seluar jeans berjenama aq terasa sedikit ketat. Hawa nafsu lagi menguasai diri. Damn~
  • Jemputan open house semakin banyak. Maaf terpaksa jadi selevtive. Masa hanya ada 24 jam dan perut hanya ada selambak. Tak boleh pergi semua.
  • Apa2 pun Selamat hari raya.
P/s- Zombi kampung pisang terbaik!

Tuesday, September 7, 2010

Raya


  • Hari raya hampir tiba.
  • Selamat menyambut dengan gembira.
  • Tetapi ingat dalam kepala anda, hari raya bukan bermakna bebas segala-galanya.

Sunday, September 5, 2010

Kenal


  • "Eh ko kenal artis A? Dia dulu kawan aq masa kat Sekolah Tabika"
  • "Eleh Si B tu. Dulu masa kat JATI aq terpaksa belanja dia hari2. Sekarang dah terkenal lupa aq".
  • "Si C tu saudara jauh belah maklang aq".
  • 'Aq kenal si D tu masa sama2 merempit kat Merlimau dulu. Rapat sangat. Band of brother!"
Bila dah famous semua orang mengaku ada hubungan dengan orang yang terkenal tu. Cmon...!!!

Friday, September 3, 2010

Terkini

Bulan ini dimulakan dengan rangkuman berita2 yang menarik perhatian aq.

  1. Pertama sekali ialah berita dalam negara. Seorang paderi ingin menubuhkan gereja gay bagi mereka yang gay. Pondan dan maknyah juga di alu2kan. Ok. Mula2 sekali aq declare diri aq sebagai seorang yang menentang aktiviti homoseksual. Sebab apa? Sebab aq Islam. Islam melarang perbuatan terkutuk tu. As simple as that. Kalau ada orang cakap its our freedom,hak kebebasan individu, aq jawab kalo semua dibolehkan, aq nak je sepak orang2 yang buat aktiviti terkutuk tu. Kata kebebasan individu. Kalo ada yang cakap, jadi gay tak menggangu sesiapa, aq jawab, ia mengganggu seluruh umat manusia. Penyakit, keruntuhan akhlak, anak2 tiada beribu, jenayah. Jadi secara keseluruhannya aq mengecam keras tindakan paderi kurang bijak tu untuk memperjuangkan gay. Nak jadi gay pegi Belanda!!
  2. Berita kedua ialah berita agak lucu. Rundingan damai antara Palestin dan Negara yang tidak pernah wujud dimeterai di Amerika. This is damn funny man. Jika anda seorang yang peka, cuba kira berapa kalikah perjanjian damai,gencatan senjata, rundingan di adakan antara Negara yang tak pernah wujud dan Palestin? Banyak!! Tapi kenapa masih berlaku pergolakan di Asia Barat? Jawapannya ialah umat yag biadap itu tak pernah mengotakan janji mereka. Biar berapa banyak perjanjian pun, mereka akan tetap dengan kebiadapan mereka. Menurut seorg penulis terkenal, rundingan adalah salah satu cara bagi Negara biadap itu berehat setelah penat mengganyang bumi Palestin. Tujuan meeka bukanlah utk berdamai. Apa yang pasti perjanjian ini hanyalah bersifat sementara. Lambat laun Si biadap itu akan beraksi semula. Dan negara2 Islam yang lain hanya 'mengecam" tindakan biadap mereka. That is funny. LOL~
  3. Berita ketiga ialah berita hiburan. Setalah kantoi berkhalwat, pasangan khalwat sensasi mensensasikan lagi dunia hiburan degna berita mereka nak bertunang. Dah sah2 mereka dulu berkhalwat suka sama suka. Senang je ek jadi artis. Buat salah, mintak maaf, buat muka menyesal, teruskan kehidupan. Hidup ini indah.
P/s - Berita ini hanya dari pandangan aq sahaja. Sesiapa yang tersinggung teruskan tersinggung.

Followers

Powered By Blogger