Sunday, August 31, 2008

Ramadhan



Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak

Air kaler2 bukanlah segalanya...

Tuesday, August 26, 2008

That scottish lad..


Is Fletcher the new Ronaldo?
Haha. But he proves his worth to the Red Devils.
2 games. 2 goals.
Come on you Reds!!

Imbecile Part 2

Entri ini perlukan penggunaan Bahasa Malaysia. Walaupun tak sempurna memang perlu.

Terbaca komen seorang bijak pandai mengenai filem2 dan drama2 di Malaysia: " Produser sekarang lebih suka menerbitkan filem atau drama yang tidak bernegara"

Ada betulnya pandangan ini. Apa yang di maksudkan dengan tidak bernegara ialah drama2, telemovie, filem atau apa sahaja yang tidak melambangkan mana2 budaya atau masyarakat. Lihat sajalah lambakan drama2 di media arus perdana sekarang. Penonton dijamu dengan kisah2 ahli koporat yang keparat. Di rencahkan bersama konflik2 yang tidak berpenghujung. Skandal, rasuah, bunuh, dendam, romen, nangis2. Suma ada. Jika dikaitkan dengan konteks Malaysia, adakah ini melambangkan status atau cara hidup masyarakat kita. Ya, memang ada yg sebegitu di dunia sebenar, tapi bukan semua. Satu dua cukuplah. Ini tidak.Asalkan drama mesti ada watak datuk2, datin, perempuan jahat, bawak kereta mercedes kat jambatan putrajaya. Adakah negara kita menuju ke arah korupsi sebegitu? Tiada lagi cerita yang menarik yang dapat di sajikan kepada penonton? Mungkin ini cara hidup zaman sekarang. memang semua orang hidup begitu. Korporat. Skandal. Romen2. Mungkin saya masih ditakuk lama. Tak moden kata orang. Tak shuffle kata budak2 sekolah yang masih berhingus.Pasif. Subversif. Apa saja saja....

Saya akui, walaupun sekuat mana pun hentaman dibuat, cerita2 sebegini akan terus bertambah. Trend sekarang. Rating penonton tetap tinggi walaupun ramai yang berbunyi negatif. Hipokrit mungkin. Mengikut bijak pandai itu lagi, generasi muda zaman sekarang mungkin terdidik dengan fenomena ini dimana hidup mestilah mewah dan di gelumangi oleh dosa2. Baru la moden. Mereka mungkin berkata itu suma perkara biasa. Terjerumus ke lembah yang gelap dan dalam. Anda mau semua ini berlaku? Saya tidak.

Saya dah bosan. Media arus perdana tolonglah...

Friday, August 22, 2008

Wanita yang kompleks

Sebelum anda membaca entri ini,cuba jawab soalan ini dahulu. Agak-agak, betul ke yang wanita ini kompleks dari lelaki? Hurm..fikir-fikirkanlah sambil anda membaca entri ini yer.

Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan 鈥渁laamak byk la aku ambik鈥�
30. Sampai depan kaunter 鈥渂erapa?鈥�
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa. Duduk..
39. Alamak. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tg korang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

Ha ha ha. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokok tambah? Mari-mari berikan komen anda yang bernas itu.

credit to http://isuharian.blogspot.com/

Eleh

Baru seri sekali

Hero kalah dulu

Come on you Reds!!

Sunday, August 3, 2008

Ranjau Demo bising2

Hey you. Yes you. The one who is reading this entry. I want to tell you something. I am proud to tell you that Ranjau had already recorded their first demo. But it is not that good since it is a live recording demo. So feel free to drop by to RANJAU myspace page to listen to our song. Sorry if our songs hurt you ears and make you feel trauma for the rest of your life. We are just trying to be creative in our own way.

Peace.

Barang baik

Wah..!!!! PTPTN dah masuk. Maka bertempiaranlah para pelajar yang masih menuntut di IPTA ke gedung2 membeli belah terdekat. Lagaknya umpama kera mendapat pisang. Terlompat sana sini. MAsing2 punya tujuan dan matlamat. Ada yang nak nampak bergaya. Ada yang nak beli kerana perlu. Tak kurang juga yang saja nak cuci mata.

Saya dan sang kekasih hati intan payung bucuk2 juga tak terkecuali membzkan diri ke gedung2 berhampiran. Tujuan kami pada semester ini ialah ke gedung elektronik yang besar du ibu kota. Ingin membeli gajet niat di hati.

Setelah hampir seharian kami pun melepka di kedai makanan Jepun yang berlogo katak (cuba teka kedai pe?) sambil melihat barang baik yang baru saja di beli menggunakan duit pinjaman. Saya membeli HARDISK 250G jenama i-smart(tangan kanan, sila rujuk gambar) dan intan payung bucuk2 kekasih hati membeli MP3 Player idaman berjenama SAMSUNG. Kami sgt puas. dalam perjalanan balik kami tak henti2 senyum.

Inilah kegembiraan pelajar IPT seperti kami.

Followers

Powered By Blogger