Wednesday, March 5, 2014

Random entry


  • Sometimes it is good to be single minded. Driving through one path way. Never going to make any turn. 
  • But where it seems plausible, it is often quite impossible. How could you ignore a soft cry that break the brick of silence? 
  • Thus as humans, we must come to term with this limitation. At times our mind takes more than what it can bare. We just have to learn how to live with it.
  • Conclusively, being single minded only exist in our mind. It is as impossible as having a peaceful and harmony global nations around the globe. The not so -inconvenience truth.

Tuesday, March 4, 2014

oh my!


Pengetahuan umum

Sijil nikah adalah dokumen penting bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Malangnya, saya tidak menyimpan dokumen itu dengan baik dan ianya merajuk dan terus hilang. Jadi di sini saya nak share serba sedikit pengetahuan untuk mendapatkan semula sijil nikah.( ini sijil nikah JAWI tahu?)

  1. Langkah pertama ialah panik. Paniklah sepuasnya. Selongkarlah almari, tilam, gerobok, bonek kereta dan pe;bagai lagi. Jangan di lupa tidur malam yang tak lena. Langkah pertamamemang wajib di lalui.
  2. Selepas habis panik, menujulah ke pesuruhjaya sumpah yang terdekat. Tujuannya ialah mendapatkan surat akuan sumpah. Ada borang khas. Dalam borang tu story la sikit kisah suka duka anda dan mengapa nak salinan sijil nikah tu. Bayaran ikut tempat. Range harga dari RM4- RM10. 
  3. Dapat surat, pergilah pula ke kedai percetakan. Cetak salinan IC. Kalau ada kad kahwin JAWI pun elok di buat salinan. 
  4. Setelah selesai, pergilah anda ke JAWI. Biasanya saya parking di masjid negara. Dapat lah jalan-jalan tengok bangunan sekejap. Tapi lelah juga nak panjat tangga JAWI sebab pejabatnya kat atas sekali nun. 
  5. Sampai di pejabat, ambillah borang di kaunter. Cakap je sijil nikah hilang, tahulah pegawai JAWI tu borang mana. Isi dengan cermat, kemudian ambil nombor. Sampai giliran, borak apa yang patut, bayar RM10, dapatlah semula salinan siijil nikah anda. Kalau tarikh kahwin tak jauh, cepat saja pegawai tu cari salinan sijil nikah anda tahu.
  6. Dalam perjalanan pulang, singgah gerai lori depan masjid negara. belilah nugget dua cucuk serta air warna-warni sebagai reward kepada diri anda. 
Begitulah serba sedikit perkongsian ilmu saya untuk kali ini. di ucapkan selamat berjaya kepada pembaca. Ingat, dokumen penting simpan elok-elok lain kali. Haha!

Followers

Powered By Blogger