![]() |
| Inilah rupanya HIV test kit |
- Sejak 2005, ujian saringan HIV ialah ujian wajib bagi semua pasangan yang ingin di-ijab kabul-kan. Rasionalnya ialah memastikan pasangan itu tidak berkahwin dengan seseorang yang mempunyai HIV positif.
- Dunia sekarang macam-macam. Duduk senyap-senyap pun boleh terkena jangkitan HIV. Jadi apa yang Jabatan Agama rahkan ini ialah perkara yang tepat di dunia globalisasi ini. Cewah!
- Ujian perlulah dibuat di klinik kesihatan atau hospital kerajaan. Institusi swasta tidak dibenarkan kerana ditakuti ada yang mengamalkan rasuah, pecah amanah atau pun penyelewengan.
- Biasanya ujian dilakukan pada sebelah petang. Pagi-pagi semua orang sibuk nak cek kolestrol, darah tinggi dan tak kurang juga pegawai kesihatan yang sibuk buat kerja atau minum teh.
- Adalah lebih afdal jika telefon klinik kesihatan yang diidami terlebih dahulu. Ini kerana sesetengah klinik sangat sibuk dan perlu membuat temu janji.
- Tak perlu ke jabatan agama untuk mengambil borang. Itu prosedur lama. Ini sudah zaman milenia.
- Tak perlu bawa apa-apa kecuali IC dan hati yang tenang. Selepas isi borang ala kadar duduk dan ikut arahan nurse yang bertugas. Kalau nurse garang sikit-sikit tak usah ambil hati. Mungkin mereka lapar.
- Prosedurnya senang sahaja. Nurse akan mengambil beberapa titik darah dari hujung jari dan mentiskannya ke atas alat yang seakan-akan pregnancy test kit. Kemudian tunggu 10-15 minit sudah dapat keputusan.
- Sedikit nasihat, pergilah ke klinik kesihatan yang agak terpencil. Ini kerana tidak perlu menunggu lama dan kadang kala nurse mereka berwajah manis. Kalau buat di tempat 'hot-spot' boleh jadi perlu menunggu hingga 2 jam setengah. Pengalaman saya buat di klinik kesihatan Kampung Terachi, 10 minit sudah habis.
- Itulah serba sedikit pengalaman saya menjalani ujian saringan HIV.
P/S- bagi yang takut darah, saya nasihatkan pejam mata masa nurse cucuk ambil darah di jari. Hehe..

Kalau nak tau result HIV cepat, boleh beli HIV Test Kit dari www.hivtest.com.my. Result dalam 5 min sahaja.
ReplyDelete