Monday, February 21, 2011

Terfikir


  • Baru nak tidur. Tangan atas dahi. Teringat sesuatu.
  • Orang cakap tahun ni tahun lompat. Apa ye tahun lompat tu? Kenapa ada tahun yang harinya lebih?
  • Mengikut kajian pendek aq, tahun lompat ialah tahun dimana bulan Februari-nya ada lebih satu hari. Ini berkaitan dengan tahun kalendar dan juga tahun astronomikal.
  • Nak tau sendir baca sini.
  • Bijak sungguh orang dulu2. Pandai buat kalendar, meneliti pusingan bumi mengelilingi matahari dan menentukan masa. Bijak memang bijak. Tak macam orang sekarang. Suruh main Foursquare pun tak tahu. Bengap.
  • Tapi sebijak mana pun manusia dulu2, masih ada lemahnya. Berikut ialah kelemahan tahun lompat mengikut pengamatan aq.
  • Oleh kerana tahun ini mempunyai satu hari yang lebih, maka hari kerja pun lebih. Tak macam tahun2 lepas, tahun ini orang kena kerja lebih sehari baru dapat gaji sebulan.
  • Ini membebankan rakyat dan sekaligus menyebabkan "rusuhan piramid" akan berleluasa di seluruh dunia.
  • Mana aci. Kerja hari lebih. Gaji sama. Anak bini sapa nak jaga?
  • Begitulah pengamatan saya. Ketidakadilan ini perlu di bincangkan di sidang PBB.Minta pemimpin dunia bagi perhatian.
  • Hehe. Otak aq memang geliga. Rugi tak bertanding jadi MPP dulu2.
Credit to CartoonStock.com

4 comments: